TERMS & CONDITIONS

------TERMA & SYARAT PEMBELIAN DI COOL.COM------

Bagi melindungi kedua-dua belah pihak iaitu pelanggan dan perniagaan COOL.COM, TERMA& SYARAT berikut haruslah di patuhi sebagai panduan para pelanggan semua. Sekiranya anda membuat pesanan barang dari COOL.COM, ini bermakna anda telah bersetuju dengan terma dan syarat yang telah di tetapkan. Selamat membeli-belah dan semoga urusan jual beli ini di permudahkan dan mendapat rahmat dariNya. Waalahu taa'la a'lam.

1. Urusniaga di portal ini hanya untuk pembeli yang serius untuk membeli sahaja (ONLY FOR SERIOUS BUYER). Tidak de benarkan BATAL / CANCEL order setelah pembayaran dibuat. BOOKING tidak dibenarkan melebihi 24 jam.

2. PASTIKAN anda merancang pembayaran dalam tempoh 24 jam selepas membuat pesanan. BACKOUT BUYER akan di senaraihitamkan.

3. Pelanggan yang gagal memberikan bukti pembayaran dalam tempoh 24 jam selepas membuat pesanan, PESANANNYA AKAN DIBATALKAN. Sekiranya anda berhadapan masalah/kesulian untuk membuat pembayaran, sila maklumkan kepada admin melalui emel @ sms untuk pertimbangan. Selalunya pihak kami amat bertimbang rasa dengan masalah/kesulitan para pelanggan.

4. Pelanggan mestilah membayar berdasarkan harga yang telah dipamerkan di dalam portal ini beserta kos penghantaran. Untuk memudahkan pelanggan mengetahui harga/jumlah bayaran yang perlu dibayar beserta kos penghantaran, pelanggan boleh menghubungi admin untu mengetahui dengan lebih lanjut.

5. Pelanggan haruslah memberi maklumat diri serta alamat penghantaran dengan betul. Hal ini bagi mengelakkan berlakunya kesilapan.

6. Kos penghantaran adalah bergantung kepada berat produk yang dipesan dan akan dikira setelah anda mendapat produk.

7. Setiap pesanan yang pembayarannya di buat sebelum 12 tengah hari, akan di jamin penghantaran produk pada hari yang sama (Isnin hinggan Jumaat sahaja) @ selewat-lewatnya pada keeseokan harinya.

8. Invois pesanan akan dihantar kepada emel pelanggan dan pelanggan boleh merujuk harga bayaran di dalam invois tersebut dan mencetaknya sendiri (jika perlu).

9. Produk yang dibeli tidak boleh di pulang semula kecuali terdapat kerosakan pada produk tersebut. Sekiranya terdapat kerosakan, pelanggan haruslah mengambil gambar kerosakan tersebut dan emelkan kepada kami dalam masa 3 hari selepas menerima barang tersebut untuk memastikan yang kerosakan bukanlah dari kecuaian pelanggan sendiri. Produk yag rosak juga perlu dipulangkan dalam masa 7 hari selepas pelanggan menerimanya. Selepas 7 hari tiada lagi pemulangan produk yangrosak boleh di lakukan.

10. Pihak COOL.COM menggunakan khidmat POSLAJU Malaysia dan mengambil masa 1-3 hari belerja untuk sampai. PASTIKAN alamat penghantaran yang anda emelkan semasa membuat pesanan, "ada orang" yang akan mengambil pesanan tersebut. Jika tidak, anda perlu mengambil pesanan anda di pusat pos laju berdekatanalamat yang anda berikan. Sekiranya parcel anda tidak di ambil dalam masa 14 hari di pusat poslaju, parcel anda akan dipulangkan semula kepada kami. JIKA INI BERLAKU, anda MESTI membayar lagi kos penghantaran semula kepada pihak kami untuk kami pos semula pesanan anda.

11. Pelanggan haruslah menghantar emel kepada pihak admin COOL.COM setelah menerima penghantaran, sekiranya tidak, selepas 7 hari bekerja, kami menganggap pelanggan sudah pun mendapat produk tersebut.

12. Warna produk di dalam gambar mungkin sedikit berbeza dengan yang original disebabkan pencahayaan dan tetapan komputer.

PERINGATAN PENTING
SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA SEMUA PRODUK IAITU JUBAH, BLOUSE, KAIN DAN SELUAR MUSLIMAH COOL YANG TELAH DIBELI MELALUI POS TIDAK DIBENARKAN MEMBUAT PEMULANGAN MAHUPUN PERTUKARAN SAMA ADA DI DALAM BENTUK PRODUK LAINMAHU PUN WANG TUNAI WALAU APAPU ALASANNYA.

PASTIKAN UKURAN YANG BETUL DAN BACA DAHULU MATERIAL FABRIK YANG TELAH DISERTAKAN BERSAM-SAMA ITEM YANG DIPAPARKAN SEBELUM ANDA MEMBUAT PESANAN. SILA BERHUBUNG DENGAN KAMI SEKIRANYA ANDA MENPUNYAI SEBARANG KEMUSYKILAN ATAU KERAGUAN MENGENAI UKURAN SAIZ ATAU MATERIAL FABRIK YANG DIGUNAKAN.

'SERIOUS BUYER' ADALAH SANGAT-SANGAT DIHARGAI.


Sekian terima kasih,
Admin COOL.COM
IKHROUN NARIDIN (004051272-I)
Emel: admin@cool.com

*Terma dan syarat ini tertakluk kepada perubahan semasa.

No comments:

Post a Comment